Kyle Lafferty
Kyle Lafferty

Kyle Lafferty

Kyle Joseph George Lafferty (lahir 16 September 1987) ialah seorang pemain bola sepak kebangsaan Ireland Utara yang bermain sebagai penyerang untuk Norwich City dan pasukan kebangsaan Ireland Utara.Lafferty memulakan kerjaya bola sepak profesionalnya bersama pasukan Inggeris, Burnley dimana dia membuat 89 penampilan. Dia menandatangani kontrak bersama Rangers pada tahun 2008 dengan yuran perpindahan £3.25 juta. Bersama kelab itu, dia memenangi Liga Perdana Scotland tiga kali, Piala Scotland sekali dan Piala Liga Scotland dua kali. Pada tahun 2012, Lafferty memilih untuk tidak berpindah ke syarikat baru yang memiliki dan menguruskan Rangers. Dia kemudiannya berpindah ke kelab Switzerland, FC Sion. Dia menyertai kelab Serie B, Palermo pada tahun 2013 dan membantu mereka naik liga sebagai juara sebelum menyertai Norwich. Dia juga dipinjamkan kepada kelab Turki, Çaykur Rizespor dan kelab England, Birmingham City.Dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk Ireland Utara pada tahun 2006 dan telah membuat lebih daripada 50 penampilan untuk negaranya. Dia merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya dengan 20 gol, hanya dibelakang David Healy yang telah menjaringkan 36 gol.

Kyle Lafferty

2006 Ireland Utara B21
2015 Çaykur Rizespor (pinjam)
2016 Birmingham City (pinjam)
2004–2005 Burnley
2014– Norwich City
Tarikh lahir (1987-09-16) 16 September 1987 (umur 32)[1]
Kelab terkini Norwich City
2008–2012 Rangers
Nombor 19
Nama penuh Kyle Joseph George Lafferty
2005–2008 Burnley
2013–2014 Palermo
Posisi permainan Penyerang
2006– Ireland Utara
2012–2013 Sion
Tahun Pasukan
Tempat lahir Enniskillen, Ireland Utara[1]
Ketinggian 6 ft 4 in (1.93 m)[1]